Pada 1 Mac bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Pelagat berlangsung satu kursus untuk pelajar tingkatan 4TV dan 5TV iaitu Kursus Fertigasi. Seramai 30 orang pelajar terlibat dan penceramah terdiri dari Pegawai Pertanian Daerah Besut dan Pegawai Pertanian Negeri Terengganu.
Majlis diserikan oleh ucapan aluan GPK Pentadbiran Tn Hj Suwaimi Mohamad.Sessi seterusnya ialah Hands On di Tapak Fertigasi sekolah
Pelajar didedahkan bagaimana kaedah menyemai biji benih musk melon yang betul menggunakan peat moss dalam tray semaian.
GPK turut meluangkan masa mendengar cara membancuh baja A dan baja B oleh En. Ashaari dari Pejabat Pertanian Terengganu dengan diperhatikan oleh En. Zahari Awang dari pejabat Pertanian Daerah Besut.
Sebagai penghargaan wakil pelajar iaitu Nor Hakimi menyampaikan cenderamata kepada En. Zahari. Kursus tamat pada pukul 1.30 tengahari.
DICATAT OLEH :
HAJAH WAN RUSNAH W.AB RAHMAN
GURU SAINS PERTANIAN
SMK PELAGAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan