SELAMAT DATANG KE LAMAN SMK PELAGAT

"SMK Pelagat Menuju Puncak"

Latar Belakang

KEDUDUKAN GEOGRAFI

Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat terletak di Kampung Padang Luas Mukim Pelagat,Jerteh,Terengganu. Jaraknya dari bandar Jerteh ialah kira-kira 4 kilometer. Jalan yang menghubungkan sekolah ini ialah Jalan Pasir Puteh - kota Bharu dan sekolah ini terletak kira-kira 1 kilometer dari jalan besar ( jalan utama ). Keluasan kawasan sekolah pada mulanya 14.4 hektar dan sekarang hanya 7.2 hektar.


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat dibuka pada 20 Disember 1990 dengan tenaga pengajar perintis seramai 17 orang kakitangan sokongan. Pengetua pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah Pn Hjh Halijah bt Mahmud yang bertugas mulai bulan Januari sehingga Februari tahun 1998.

Pengetua kedua ialah Tn Hj Abdul Aziz b Satar Khan yang berkhidmat pada bulan Februari 1998 sehingga beliau bersara pada 17 Jun 2003.Selepas persaraan beliau,pentadbiran SMK Pelagat dipangku oleh GPK 1 En Ramli b Mat Amin. Bermula pada 18 Disember 2003 Pn Hjh Makelthom dilantik sebagai pengetua yang ketiga di SMK Pelagat. Setelah beliau bersara pada Julai 2007, Pn Hjh Hamidah bt Mohamad telah menggantikan tempat beliau.Kemudian Pn Hjh Hamidah telah bertukar ke SMK Bukit Payung manakala pengetua SMK Bukit Payung,Pn Hjh Ruhani bt Salleh bertukar ke SMK Pelagat hingga ke hari ini.

 BENDERA SEKOLAH

Bendera SMK Pelagat mempunyai 3 jalur warna iaitu biru,hijau dan kuning yang melambangkan akademik,kokurikulum dan sahsiah warga SMK Pelagat. Setiap warna yang terdapat pada bendera membawa maksud yang tersendiri. Warna biru melambangkan semangat patriotik warga pelagat. Hijau pula membawa maksud akhlak yang terpuji manakala kuning membawa maksud keikhlasan