SELAMAT DATANG KE LAMAN SMK PELAGAT

"SMK Pelagat Menuju Puncak"

Sabtu, Mei 14, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Buat semua warga pendidik SMK Pelagat... Jangan jemu memberi ilmu, tunjuk ajar dan nasehat kepada anak didik kita...
WR

Sabtu, Mei 07, 2011

TAKZIAH...

Al-Fatihah... Bonda ustzah Wan meriam ( Guru Pendidikan Agama Islam SMK Pelagat ) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi... Sama2 lah kira doakan agar rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman.. CATATAN: W.RUSNAH

Khamis, Mei 05, 2011

TAHNIAH PENGETUA

Sekalung tahniah kepada pengetua kami iaitu Pn. Hajah Ruhani Bt Saleh kerana memperolehi gred DG52 ( Pengetua Cemerlang ) . Berita baik ini disampaikan oleh GPK HEM dalam mesyuarat PMR kali kedua semalam...
catatan WRusnah

Rabu, Mei 04, 2011

MENJELANG HARI GURU...

Perayaan Hari Guru peringkat Daerah akan diadakan pada:
21 MEI 2011 bertempat di SMK Nasharudin Shah.


LOGO HARI GURU


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. 

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.


Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera
Malaysia.


Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.




Senarai Tema Hari Guru
2000 - 2011

2010 Guru Pembina Negara bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Catatan : Wan Rusnah

Selasa, Mei 03, 2011

RAYUAN KE TINGKATAN 6


RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI
TINGKATAN ENAM BAWAH 2011 BERDASARKAN
KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM

KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI
1.Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah 2011 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK pada 10 Mei 2011.
2.Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2011.
3.Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
4.Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
5.Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2011 tidak akan dipertimbangkan.
*Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2011 ini.


Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.


Dicatat oleh:
Wan Rusnah

Isnin, Mei 02, 2011

Tahniah Kepada Yang Berjaya Ke tingkatan 6

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan dan surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah boleh dicetak secara on-line mulai 2 Mei 2011 (Isnin) melalui alamat laman web http://apps.moe.gov.my/sst6/semakant62011/ dan calon juga boleh menyemak keputusan tawaran melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip seperti berikut : “T.6Nombor Kad Pengenalan” atau“T.6Angka Giliran” dan hantar ke talian 15888.
Sehubungan dengan itu, pelajar yang berjaya diminta melaporkan diri mulai 9 Mei 2011 (Isnin) di sekolah yang ditawarkan.

Catatan:
Wan Rusnah

Rabu, Mac 02, 2011

KURSUS FERTIGASI 2011

Pada 1 Mac bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Pelagat berlangsung satu kursus untuk pelajar tingkatan 4TV dan 5TV iaitu Kursus Fertigasi. Seramai 30 orang pelajar terlibat dan penceramah terdiri dari Pegawai Pertanian Daerah Besut dan Pegawai Pertanian Negeri Terengganu.
Majlis diserikan oleh ucapan aluan GPK Pentadbiran Tn Hj Suwaimi Mohamad.



Encik Zahari dari Pejabat Pertanian Besut memulakan ceramah....


Sessi seterusnya ialah Hands On di Tapak Fertigasi sekolah
Peserta menyemai biji benih musk melon





Pelajar didedahkan bagaimana kaedah menyemai biji benih musk melon yang betul menggunakan peat moss dalam tray semaian.



















GPK turut meluangkan masa mendengar cara membancuh baja A dan baja B oleh En. Ashaari dari Pejabat Pertanian Terengganu dengan diperhatikan oleh En. Zahari Awang dari pejabat Pertanian Daerah Besut.















Sebagai penghargaan wakil pelajar iaitu Nor Hakimi menyampaikan cenderamata kepada En. Zahari. Kursus tamat pada pukul 1.30 tengahari.


DICATAT OLEH :
HAJAH WAN RUSNAH W.AB RAHMAN
                              GURU SAINS PERTANIAN
                               SMK PELAGAT